Pada 25/9/2019 (Rabu) , bertempat di Bilik Kuliah02 Kompleks Akademik Universiti Putra Malaysia telah diadakan perjumpaan buat kali pertama kumpulan "Sebutir Mutiara"untuk membincangkan tentang aktiviti khidmat masyarakat yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini . Dalam perbincangan tersebut , setiap ahli kumpulan diarahkan untuk memberi idea berkenaan dengan apakah aktiviti yang hendak dilakukan untuk masyarakat sekeliling.
Hasil daripada idea yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan berkenaan dengan aktiviti kemasyarakatan yang bakal diadakan , satu aktiviti telah pun dipersetujui secara majoriti untuk dilaksanakan iaitu aktiviti membersihkan tanah perkuburan Islam yang bersebelahan dengan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia . Aktiviti ini juga akan kami alu-alu kan kepada semua pelajar UPM yang ingin menyertainya .
Namun yang demikian , masa dan tarikh untuk melaksanakan aktiviti tersebut belum lagi diputuskan dalam perbincangan ini atas sebab diantara kami mempunyai komitmen lain dan mempunyai latihan dihujung minggu (PALAPES) . Oleh sebab itu , kami cuba untuk mencari hari yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti tersebut dalam perbincangan seterusnya .
"Dari Mahasiswa Untuk Masyarakat"



Comments
Post a Comment